Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN peringati Nuzul Al-Quran

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya turut memperingati Nuzul Al-Quran dengan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Serba guna, KHEDN, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut selaku wakil Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk Huda Linnas yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan tausyeh yang dibawakan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK).

    Majlis yang dikendalikan oleh JIPK itu bertujuan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan yang mulia ini.

    Awang Salminan semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara warga KHEDN yang turut hadir memperingati Nuzul Al-Quran di Dewan Serba guna, KHEDN, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda