Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KHEDN sejajarkan 3 aspirasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bagi Tahun Kewangan 2023/2024 membawa tema Bersatu Membina Masa Depan yang Lebih Makmur yang merangkumi memelihara kesejahteraan awam, mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan, dan pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.

    Di samping itu, kementerian juga telah menyejajarkan sasaran dan menumpukan kepada tiga aspirasi iaitu Keselamatan dan Kesejahteraan; Transformasi Pembangunan Bandar dan Daerah, dan Memperkasakan Pembangunan Komuniti; dan Tadbir Urus yang Baik dan Penyampaian Perkhidmatan yang Berkualiti.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman telah mengongsikan perkembangan dan usaha yang telah dan sedang dilaksanakan di bawah kementerian berkenaan semasa persidangan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Majlis, hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata, beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan dalam hasrat untuk mengukuhkan lagi aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Ini antaranya melancarkan secara berperingkat-peringkat aplikasi dalam Sistem Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (INRS) seperti Sistem Pengurusan Sempadan dan Sistem Pendaftaran Kad Pengenalan.

    “Aplikasi lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat adalah seperti visa dan passes, kelahiran dan kematian, warganegara dan lain-lain,” tambahnya. Sementara itu, Sistem Pengurusan Buruh Kebangsaan (NLMS) di bawah Jabatan Buruh pula akan mula diguna pakai pada 1 April untuk memberikan perkhidmatan lebih telus dan efisien, seperti permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Perkhidmatan Domestik (LDP) kepada orang ramai yang boleh diakses secara dalam talian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...