Oleh Ak Zaki Kasharan –
TEMBURONG, 24 SEPT – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya, kelmarin, telah mengadakan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Kampung Belais, Daerah Temburong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) di KHEDN, Kol (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin.
Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di dalamnya, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung.


