Monday, March 10, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN teruskan majlis tadarus di Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 9 MAC – Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Abdul Walid bin Haji Matassan mengetuai rombongan ke Daerah Belait bagi menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran yang berlangsung di Masjid RPN Lorong Tiga Selatan kelmarin.

    Beliau turut diiringi ketua-ketua jabatan, pegawai kanan, dan kakitangan kementerian, serta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dari seluruh Daerah Belait.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian derma berupa peti ais daripada kementerian yang diserahkan oleh setiausaha tetap kepada wakil masjid.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan oleh  setiausaha tetap kepada anak-anak yatim yang tinggal di kawasan sekitar bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadhan.

     Semua di atas: Antara sumbangan yang disampaikan sempena majlis berkenaan.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran diikuti bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di masjid berkenaan, Mohammad Fakhri bin Haji Ibrahim, sebelum diakhiri dengan bacaan solat Asar.

    Majlis berkenaan bertujuan membantu menyemarakkan lagi ibadat di bulan Ramadhan yang mulia di kalangan pegawai, pemimpin akar umbi, dan kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

      Semua di atas: Suasana sekitar majlis tadarus berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda