Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin, telah mengadakan Majlis Bertahlil yang dikhususkan kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.
Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; ketua-ketua jabatan dan bahagian serta para pegawai dan kakitangan lelaki KHEU.

Juga hadir di majlis berkenaan ialah tenaga pengajar, guru-guru dan mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta penuntut-penuntut lelaki dari sekolah-sekolah Arab di Daerah Brunei dan Muara.
Bacaan Surah Yasin telah dipimpin oleh Pegawai Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.