Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEU ajak orang ramai tambah amalan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Malam Munajat yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) secara maya akan diteruskan lagi esok bermula 6:30 petang.

    Sehubungan itu, KHEU mengajak orang ramai untuk menyertai majlis berkenaan dalam bersama-sama mempertingkatkan amalan selain yang lazim.

    Majlis yang diadakan selepas menunaikan sembahyang Fardu Maghrib, Sunat Taubat dan Sunat Hajat di kediaman masing-masing itu adalah untuk mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT, dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin, berzikir, merafakkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terhindar dan terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit merbahaya khasnya wabak COVID-19 yang melanda negara.

    Majlis juga akan disusuli dengan bacaan Asma’ul Husna dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda