Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEU ajak sertai Munajat Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengajak orang ramai untuk menyertai Munajat Ramadan bagi bersama-sama merafakkan doa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit berbahaya, khasnya wabak COVID.

    Bersempena bulan Ramadan yang berkat ini, marilah meraih peluang untuk mempertingkatkan amalan dengan menyertai Munajat Ramadan dan bersama-sama beristighfar, membaca Surah Yasin, mendengarkan bacaan ayat Al-Quran serta menghayati makna ayat Al-Quran tersebut.

    Munajat Ramadan diadakan setiap Sabtu selepas sembahyang fardu Asar secara dalam talian.

    Orang ramai bolehlah menyertainya dari mana jua dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Dakwah Islamiah @pdi_kheu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda