Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEU akhiri majlis tadarus

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) semalam mengakhiri majlis tadarus yang diadakan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara sepanjang bulan Ramadan dengan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri.

    Majlis penutup tersebut telah dikendalikan oleh KHEU melalui Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar Ali Saifuddien dan Radio Televisyen Brunei.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

    Acara diteruskan dengan tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama tetamu lain semasa majlis penutup tadarus bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda