Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah meneruskan lagi majlis dikir ke masjid-masjid dan malam kelmarin, ia diadakan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.
Hadir mengetuai rombongan pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz dan dikuti dengan dikir yang dibawakan oleh para pegawai, guru-guru agama dan kakitangan KHEU serta jemaah Masjid Mohamed Bolkiah.
Majlis seumpamanya diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli jawatankuasa takmir masjid, jemaah dan penduduk kampung sekitarnya.
