Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KHEU, Kementerian Pendidikan anjur Majlis Doa Selamat

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sempena Pelaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke dalam Sistem Pendidikan Umum yang akan bermula esok, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Doa Selamat di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap dan pemangku timbalan setiausaha tetap serta ketua-ketua jabatan dari KHEU dan Kementerian Pendidikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan. Majlis itu diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT supaya pelaksanaan pengintegrasian berkenaan akan berjalan dengan lancar.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah ketika menghadiri majlis tersebut di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Antara yang menghadiri majlis doa selamat berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...