Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah mengongsikan peruntukan belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, semasa persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan MMN, pagi tadi.
Menurut Yang Berhormat Pehin, kira-kira $234.9 juta adalah bagi emolumen (sebelumnya adalah gaji kakitangan) yang melebihi $1.9 juta daripada had yang ditetapkan, manakala $34.1 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan berulang-ulang di mana pecahan peruntukan berdasarkan program perbelanjaan yang telah diselaraskan dengan Maqasid Syariah.
Dalam pembentangan belanjawan itu, Yang Berhormat Pehin mengetengahkan keutamaan-keutamaan kementerian untuk memberikan perkhidmatan utama, melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan peranannya dengan visi ‘Bersama ke arah Kehidupan Cemerlang Duniawi dan Ukhrawi’ dan misi ‘Memperkasa Penghayatan Beragama dan Memantapkan Kerasmiannya, Berdasarkan Hukum Syara’, Perkembangan Undang-undang dan Falsafah Melayu Islam Beraja tanpa menjejaskan tiga fokus strategik utama yang mendukung wawasan 2035.
Penyelarasan Maqasid Syariah berkenaan adalah seperti Pemeliharaan (promosi) Harta, 9.5 peratus ($25.5 juta) daripada peruntukan keseluruhan di mana ianya adalah bagi KHEU, Jabatan Urusan Haji, Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal dan Majlis Ugama Islam Brunei; Pemeliharaan (Promosi) Ugama, 11.0 peratus ($29.4 juta) adalah bagi Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Dakwah Islamiah, KHEU (Bahagian Syiar Islam); Pemeliharaan (Promosi) Nyawa dan Keturunan, 4.1 peratus ($11.0 juta) bagi KHEU (Bahagian Pendakwaan), Jabatan Hal Ehwal Syariah (Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pemakanan dan Barang Halal), Jabatan Perundangan Islam; Pemeliharaan (Promosi) Aqal, 75.4 peratus ($202.9 juta) adalah bagi KHEU (Jabatan Pengajian Islam),
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).


Manakala bagi perbelanjaan kemajuan, sejumlah $16.8 juta diperuntukkan dengan harga rancangan $191.3 juta bagi beberapa projek utama mengukuhkan kemudahan akses pendidikan seperti penambahan blok di beberapa buah sekolah ugama di seluruh negara, menaik taraf fasiliti Pusat Tingkatan 6 Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan pembangunan dua sekolah baharu bagi Kampung Kiulap dan Kampung Bolkiah.
Selain itu, peruntukan telah disediakan sejumlah $2.3 juta (Harga Rancangan RKN 12 sekitar $23.9 juta) untuk membina kampus baharu KUPU SB, manakala sejumlah $200,000 (Harga Rancangan RKN 12 sekitar $20 juta) juga disediakan untuk pembinaan Kampus Kekal Perempuan ITQSHHB.
Manakala di bawah Mengukuhkan Perkembangan Syiar Islam, Pembinaan Bangunan Baru Bagi Pusat Kegiatan Ugama Islam / Sekolah Ugama Kampung Senukoh disediakan sejumlah $295,000 (Harga Rancangan RKN 12 berjumlah $1.47 juta) dan sejumlah 12 masjid dirancang untuk dibina dengan peruntukan sejumlah $9.86 juta (Harga Rancangan RKN 12 $64.3 juta).
Maklumat-maklumat lain mengenai peruntukan selanjutnya boleh didapatkan dengan melayari Media Permata Online di https://mediapermata.com.bn/.
Peruntukan pembinaan masjid baharu di Daerah Brunei dan Muara iaitu RPN Kampung Mengkubau, RPN Kampung Meragang, RPN Kampung Rimba, STKRJ Kampung Mata-Mata (Katok B), Kampung Sinarubai dan Burong Lepas, RPN Kampung Tanah Jambu dan Kampong Lugu berjumlah $8.3 juta dengan RKN 12: $40.1 juta.
Untuk pembinaan masjid baharu RPN Kampung Lumut, STKRJ Kampung Telisai dan RPN Kampung Panaga berjumlah $1.4 juta / RKN 12 : $14.7 juta) dan Daerah Temburong (TK 2024/2025 : $22,000 / RKN 12 : $8.0 juta) bagi Pembinaan Masjid Baharu di Kampung Batu Apoi dan Pembinaan Masjid Baru Kampung Selapon.
KHEU juga diperuntukkan penambahan bersih sembilan jawatan seperti 36 penyerapan jawatan gaji hari daripada perkhidmatan berulang-ulang; dua tambahan jawatan secara trade-off melalui waran perjawatan; lima penyelarasan jawatan Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik (SPTA); 394 penyelarasan jawatan Skim Perkhidmatan Perguruan Ugama (SPGU); dua pengurangan jawatan secara trade-off melalui waran perjawatan; lima penyelarasan jawatan Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik (SPTA); 394 penyelarasan jawatan SPGU; dua peniadaan jawatan; 23 peniadaan open vote; dan dua peniadaan gaji hari.
Peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam setiap tahun telah dapat mencapai hasrat untuk memberikan perkhidmatan agama dari tahun ke setahun tanpa menjejaskan kualiti, kepada seluruh lapisan masyarakat.
Seterusnya dalam mukadimah Yang Berhormat Pehin juga mengetengahkan mengenai usaha KHEU melalui Jabatan Pengajian Islam telah menunjukkan peningkatan bagi beberapa Key Performance Indicators yang telah ditetapkan untuk mencapai hasrat tersebut adalah seperti Guru Yang Mencapai Tahap 3 dan Ke Atas Dalam Penilaian Brunei Teachers Standards – Teachers Performance Appraisals (BTS-TPA) meningkat ke 94.2 peratus (Tahun 2023) dari 91.7 peratus (Tahun 2022); Sekolah Berada Pada Tahap 3 Ke Atas Dalam Penilaian Whole School Evaluation (WSE) meningkat ke 94.7 peratus (Tahun 2023) dari 93.3 peratus (Tahun 2022); Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang mendapat Gred A-C meningkat ke 94.66 peratus (Tahun 2023) dari 91.29 peratus (Tahun 2022); Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) yang mendapat pangkat Mumtaz meningkat ke 53.3 peratus (Tahun 2023) dari 43.96 peratus (Tahun 2022); Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan Ke Atas meningkat ke 82.1 peratus (Tahun 2023) dari 75.53 peratus (Tahun 2022); Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) Agregat 6-8 menurun dari 16.24 peratus (Tahun 2022) kepada 10.87 peratus (Tahun 2023); Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) 5 SPUB Ke Atas menurun dari 76.62 peratus (Tahun 2022) kepada 69.5 peratus (Tahun 2023); Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level ke Atas 5 ‘O’ Level Ke Atas menurun dari 37.86 peratus (Tahun 2022) kepada 33.81 peratus (Tahun 2023); Pelaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke dalam Sistem Pendidikan Umum telah dilaksanakan mulai 01 November 2023 yang lalu yang melibatkan peringkat pembelajaran Darjah Pra hingga Darjah 3 sekolah ugama diselaraskan ke Tahun 2 hingga Tahun 5 sekolah umum.
Mata-mata pelajaran ugama tersebut pada masa ini dikenali dengan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Menyentuh mengenai dengan pengintegrasian, Yang Berhormat Pehin turut membentangkan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan antaranya melibatkan aspek penelitian dan pengemaskinian kurikulum sedia ada yang disesuaikan dengan peruntukan waktu baharu mata pelajaran tersebut. Dalam pada itu, pengemaskinian kurikulum ini juga akan diselaraskan dengan keperluan pembelajaran ugama di setiap peringkat bermula dari peringkat sekolah rendah (sistem integrasi) hingga ke peringkat sekolah ugama dan peringkat menengah. Pengemaskinian tersebut turut melibatkan guru-guru dan tenaga-tenaga pakar dari institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.
Proses pembinaan kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini menekankan aspek-aspek penerapan nilai-nilai murni, unsur-unsur kebaikan dan kebajikan yang bertujuan untuk membekalkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengikut keperluan dan peringkat umur murid. Perkara ini turut disesuaikan dengan mengambil kira keperluan penghayatan hidup beragama dengan memastikan rakyat terus hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera serta saling hormat-menghormati berpandukan kepada Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai acuan utama.
Dengan pelaksanaan kurikulum ini, Insya-Allah akan terus diperhalusi dan dipantau keberhasilannya. Ia dihasratkan dapat memenuhi keperluan pembelajaran sesuai dengan waktu persekolahan yang ada.
Selain itu, keperluan guru-guru ugama bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah berkenaan juga sentiasa diambil perhatian dan disesuaikan mengikut keperluan sekolah.
Dengan pelaksanaan integrasi, apa yang dilaksanakan bagi sekolah ugama ialah penyelarasan penempatan murid Darjah 4, 5 dan 6 di Bangunan Sekolah Ugama Khas. Bangunan Sekolah Ugama Khas dimanfaatkan sepenuhnya dan dioptimumkan penggunaannya secara menyeluruh dengan penyelarasan dengan mengambil kira kapasiti bangunan dan keramaian murid.
Walau bagaimanapun, jumlah bangunan sekolah ugama khas masih terhad dan tidak dapat menampung semua tadahan kampung. Oleh yang demikian, pendekatan secara guna sama masih diteruskan di beberapa buah sekolah umum; rendah dan menengah.
Di samping itu blok-blok bangunan juga digunakan bagi keperluan pelaksanaan perkhidmatan ugama lain seperti Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), Kelas Dewasa Ugama, Kelas Mengaji Persatuan Wargamas dan lain-lain keperluan berkaitan.
Dengan tertubuhnya Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal, adalah diharapkan pengurusan zakat termasuk kutipan dan pengagihannya dilaksanakan secara teratur dan efisien; pelaksanaan program dan inisiatif bagi memperkasa keupayaan asnaf zakat diungkayahkan secara terancang dan berkesan; dan pengurusan dan inisiatif mengembang-majukan harta waqaf dan Baitulmal bagi menjaga kemaslahatan golongan-golongan sasaran, meningkatkan sosioekonomi umat Islam dan menyumbang kepada memperkukuh fiskal Negara secara sinergi dan berdaya tahan.
Kutipan zakat harta dan zakat fitrah terus meningkat dan seterusnya pengagihan kutipan wang zakat adalah lebih efisien mengambil kira keperluan bantuan agihan zakat terhadap asnaf-asnaf yang berhak menerimanya. Secara purata bagi tahun 2018-2023.
Kutipan zakat fitrah mengalami kenaikan sebanyak 1.87 peratus manakala zakat harta mengalami kenaikan sebanyak 1.95 peratus.
Tren kenaikan adalah petanda positif terhadap kepekaan umat Islam di negara ini terhadap kewajipan menunaikan zakat fitrah dan zakat harta untuk menampung komitmen yang sedia ada dan yang akan datang. Sejumlah 13,428 permohonan yang telah diterima melalui Sistem Kebajikan Negara (SKN) sepanjang tahun 2022 dan 2023. Manakala pengagihan dari kumpulan wang zakat bagi golongan Fakir Miskin, Mualaf, Al -Gharimin serta Amil menunjukkan penambahan dari $20.9 juta bagi tahun 2021, kepada $24.2 juta bagi tahun 2022 serta $25.3 juta bagi tahun 2023.
Sejak menaiktarafkan KUPU SB) daripada Maktab Perguruan Ugama pada 20 Januari 2007, KUPU SB telah mengembang luaskan program-program yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan asas dalam sektor pendidikan ugama Islam termasuk juga dalam tahap Sarjana dan Doktor Falsafah. Dengan adanya program-program tersebut, ianya membuka peluang kepada siswazah untuk mengikutinya di Brunei Darussalam yang dapat menjimatkan kos perbelanjaan dibandingkan dengan menuntut di luar negeri.
Sifat program yang ditawarkan di KUPUSB adalah menjurus kepada spesialisasi iaitu melahirkan guru-guru ugama untuk ditempatkan di Sekolah Ugama dan Sekolah Umum.
Penempatan guru-guru ugama adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang ada.
Statistik dari tahun 2013 sehingga 2023 menunjukkan sejumlah 60 peratus (1,253) daripada 2281 jumlah graduan yang masih mencari pekerjaan / tidak diketahui statusnya, manakala 40 peratus (846) telah berkhidmat di Sektor Kerajaan (139), Sektor Swasta (195) dan Meninggikan Tahap Pendidikan (524).
ITQSHHB ditubuhkan dengan tujuan ”Untuk Melahirkan Para Hafiz Al-Quran dan Menjadikan Hafazan Al-Quran Sebagai Kelebihan Bagi Para Pelajar Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Tinggi Sama Ada Dalam Bidang Pengajian Islam Mahupun Di Bidang Sains dan Teknologi”
Statistik dari 2013 sehingga 2024 menunjukkan bahawa sejumlah 62 peratus (151) graduan melanjutkan pengajian di peringkat yang tinggi, 16 peratus (38) graduan telah mendapat pekerjaan di sektor kerajaan (30), sektor swasta (8) manakala 22 peratus (53) masih mencari pekerjaan.
Walau bagaimanapun, data yang diperolehi dari Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council setakat Januari 2024, 40.7 peratus (352 graduan) daripada 864 graduan yang mempunyai kelulusan pembelajaran yang berhubungkait dengan pendidikan ugama Islam aktif mencari pekerjaan di mana 344 orang (39.8 peratus) terdiri daripada graduan Kolej Unversiti Perguruan Ugama Seri Begawan manakala lapan orang (0.92 peratus) terdiri daripada ITQSHHB untuk memenuhi sejumlah 2,588 peluang pekerjaan yang ditawarkan di pelbagai sektor.
Dengan kadar graduan yang belum mendapat pekerjaan yang agak tinggi, Kementerian Hal Ehwal Ugama berusaha untuk mewujudkan sektor-sektor pekerjaan yang dapat meningkatkan employability para graduan dengan menggubal dasar-dasar yang boleh membuka peluang pekerjaan yang dihasratkan.
Peruntukan yang dirancang dan disediakan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 dan juga dalam Rancangan Kemajuan Negara di atas adalah dihasratkan dalam sama-sama mendukung usaha Kerajaan untuk memastikan rakyat senantiasa berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, taat setia kepada raja dan negara, diberikan taufik, hidayah, rahmat, perlindungan, dan senantiasa

