Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEU latih guru tangani isu sosial dan kesihatan mental

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Seramai 13 guru sekolah Arab dan tujuh guru sekolah agama telah menerima sijil masing-masing selepas berjaya menamatkan Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kelmarin di Dewan Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei.

    Hadir selaku tetamu khas majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Hajah Mariana binti Haji Jamil.

    Kursus tersebut antara lain bertujuan memelihara kesejahteraan warga sekolah serta menangani isu sosial dan kesihatan mental, di samping memberi pendedahan dan pengetahuan yang diperlukan dalam membantu pelajar khususnya serta warga sekolah yang memerlukan bimbingan.

    Penganjuran kursus ini dihasratkan dapat memperkasa keupayaan guru-guru dalam memberikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar, sekali gus menyokong usaha JPI dalam melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi ilmu, sahsiah dan rohani.
    Kursus berkenaan dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Kaunseling, Bahagian Pentadbiran, JPI dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah.

    Atas dan bawah: Tetamu khas menyampaikan sijil tamat Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling kepada salah seorang peserta kursus.

    Gambar ramai peserta kursus bersama tetamu khas majlis.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda