Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    KHEU semarak Aidilfitri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Dalam mengeratkan lagi silaturahim pada bulan yang mulia ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri KHEU yang berlangsung di Lantai Bawah Bangunan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan serta isteri; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim serta isteri; Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar serta isteri dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang serta isteri, para pengarah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KHEU.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan doa oleh Awang Khairul Ariffin bin Haji Yussof.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan Selawat Ibrahimiyyah yang dibawakan oleh belia-belia masjid senegara.

    Di samping menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam di negara ini, khususnya di peringkat kementerian, majlis juga merupakan salah satu kegiatan sosial berkebajikan warga KHEU bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang lebih mesra dan harmoni sesama warga kementerian serta menerapkan nilai-nilai yang lebih positif dalam hubungan kekeluargaan.

    Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri bersama para jemputan khas serta pegawai-pegawai kanan turut berdudun ramah mesra dengan berkunjung ke ruang setiap jabatan, bahagian dan unit di bawah KHEU.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan isteri semasa berkunjung ke salah satu bahagian di bawah KHEU.
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bergambar ramai bersama warga KHEU semasa acara tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...