Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak bagi perkhidmatan rumah-ke-rumah akan dijalankan minggu depan bagi penduduk-penduduk yang tidak dapat menerima vaksinasi di klinik disebabkan masalah kesihatan atau kesukaran bergerak. Perkhidmatan berkenaan akan dijalankan di beberapa buah mukim iaitu Mukim Lumapas, Mukim Gadong B, Mukim Kota Batu, Mukim