LONDON, 26 MEI – Remaja berusia 18 tahun akan diwajibkan menjalani khidmat negara sekiranya Parti Konservatif (Tories) memenangi pilihan raya pada 4 Julai ini, kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Perdana Menteri berkata Britain mempunyai ‘generasi muda yang tidak mendapat peluang yang mereka berhak dapatkan’ sambil mendakwa bahawa langkah radikal ini akan membantu menyatukan masyarakat dalam ‘dunia yang semakin tidak menentu’.
Pada masa hadapan, remaja berusia 18 tahun akan diberi pilihan antara penempatan sepenuh masa dalam angkatan tentera selama 12 bulan atau meluangkan satu hujung minggu setiap sebulan selama setahun untuk melakukan kerja suka rela dalam komuniti mereka, kata Parti Konservatif.
Menurut Parti Konservatif, kerja suka rela itu termasuk membantu dalam Perkhidmatan Kesihatan Nasional, perkhidmatan bomba dan polis, selain daripada bidang kebajikan seperti menangani kesunyian dan membantu golongan tua yang terasing.
Remaja berusia 18 tahun akan diwajibkan menjalani khidmat negara sekiranya Parti Konservatif (Tories) memenangi pilihan raya pada 4 Julai ini, kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, lapor agensi berita Jerman, dpa. – Bernama


