PARIS, 31 Mei – Bola sepak Perancis ‘memerlukan’ Neymar, menurut presiden persekutuan Noel Le Grae, yang berkata bintang Brazil itu ‘perlu kekal’ di Paris Saint-Germain.
“Kami memerlukan imej ini, dia seorang pemain bola sepak yang menakjubkan,” kata Le Graet kepada AFP.
“Dia mempunyai kontrak selama lima tahun. Dia mesti kekal. PSG menunjukkan mereka mampu menarik bintang bola sepak ternama.”

Neymar menjadi pemain bola sepak termahal dunia selepas pemindahannya ke PSG Ogos lalu dari Barcelona yang bernilai AS$264 juta. Dia memenangi anugerah pemain bola sepak Perancis terbaik musim ini sekalipun mengalami kecederaan kaki dan tidak beraksi buat kelab Paris itu sejak hujung Februari lalu.
Muncul spekulasi konsisten yang mengatakan tempoh pemain berusia 26 tahun di Paris adalah singkat dan Real Madrid telah dikaitkan bagi perpindahan pemain Brazil itu. – AFP