Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khidmat Rajagobal untuk FABD bakal berakhir

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama Datuk K Rajagobal untuk berpisah pada penghujung bulan Januari 2022 ini.

    Ia merupakan keputusan yang sukar dibuat oleh FABD disebabkan kecemerlangan khidmat yang disumbangkan oleh Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih kebangsaan sejak Februari tahun lalu.

    Di samping itu, situasi wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesukaran kepada kedua-dua pihak.

    “Dalam mengiktiraf sumbangan beliau, FABD melahirkan rasa penghargaan di atas perkhidmatannya yang singkat tetapi memberi impak dan sedih melihat beliau pergi dalam keadaan yang sebegini,” antara petikan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FABD pada 22 Januari 2021 yang lepas.

    FABD telah mencapai persetujuan bersama Datuk K Rajagobal untuk berpisah pada penghujung bulan Januari ini. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda