Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ki Joon, Jung Eum setuju berlakon dramaThe Escape of the Seven

    Pelakon Um Ki Joon mendedahkan dia bersetuju berlakon dalam drama bersiri terbaharu The Escape of the Seven adalah disebabkan penulis skripnya iaitu Kim Soon Ok.

    Menerusi temu bual eksklusif bersama mStar, Ki Joon memberitahu ketika dihubungi Soon Ok dia tidak berfikir panjang kerana yakin peranan diberikan setanding dengan drama arahannya sebelum ini, The Penthouse yang menjadi fenomena.

    “Ketika sedang terlibat dalam sebuah projek lain, Soon Ok ada menghubungi saya tentang projek bersama pengarah The Penthouse.

    “Apabila dia tanya sama ada saya berminat, sudah tentu saya setuju,” katanya kepada mStar.

    The Escape of the Seven sedang ditayangkan di platform Viu Malaysia setiap Jumaat dan Sabtu.

    Dalam pada itu, pelakon gandingannya dalam drama berkenaan, iaitu Hwang Jung Eum pula memberitahu dia teruja dapat sama-sama terlibat dalam projek tersebut.

    Malah kata Jung Eum, dia memberikan persetujuan tanpa membaca skrip terlebih dahulu kerana yakin skrip tulisan Soon Ok menarik.

    “Saya tidak baca skrip dan apabila penulis menelefon saya menawarkan watak antagonis, saya tak fikir panjang dan terus bersetuju,” ujarnya. – Agensi

    Ki Joon dan Jung Eum teraju utama The Escape of the Seven. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda