Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Grand Motors Sdn Bhd, syarikat pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam dengan bangganya mengumumkan pelancaran model terbaharu Kia Carens sempena festival Kia Experience Fest 2.0.
Festival berkenaan yang bermula hari ini sehingga 28 September di Ruang Pameran Kia, Beribi, dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Menampilkan tema Step into a new era of style and comfort, model Kia Carens direka untuk mentakrifkan semula mobiliti keluarga moden dengan ruang dalaman yang luas, ciri-ciri premium serta teknologi keselamatan yang canggih.


Sepanjang tiga hari festival berkenaan, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk acara persembahan eksklusif model baharu Kia Carens; sesi uji pandu keseluruhan rangkaian model Kia, penyertaan automatik dalam cabutan bertuah apabila menyertai sesi pandu uji model Kia untuk memenangi hadiah menarik termasuk iPhone 17 Pro Max, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Air, Apple Watch Ultra 3, iPad Air 13-inci, hadiah wang tunai dan Stanley tumblers. Selain itu, peserta pandu uji juga boleh membawa pulang biskut dan puding pisang percuma daripada MisterMasterCook serta baucar minuman Presotea
Menariknya lagi, pelanggan yang membuat pembelian dan pand uji mana-mana kenderaan Kia antara 29 hingga 30 November nanti akan memperoleh dua kali penyertaan cabutan bertuah, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif berkenaan.
Kia Experience Fest 2.0 dibuka kepada orang ramai dan semua dijemput hadir ke Ruang Pameran Kia di Beribi bagi menyaksikan barisan terkini model Kia.
Semua di atas: Antara model Kia Carens yang dipamerkan.

