Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kia Seltos tampil moden, sportif

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Grand Motors Sdn Bhd telah memperkenalkan Kia Seltos serba baharu semasa sesi pandu uji yang diadakan di Stac Patisserie, Pusat Sunway, Kampung Sungai Tilong, hari ini.

    Sesi pandu uji kereta berkenaan memberikan peluang kepada pengamal media merasakan sendiri pengalaman memandu kereta yang merupakan sebuah SUV yang dika-tegorikan dalam Segmen B dengan mengikuti perkembangan semasa.

    Kia Seltos baharu berkenaan menampilkan rekaan yang lebih segar, sportif, dan imej lebih moden.

    Jika diperhatikan secara bersahaja, memang tidak kelihatan banyak perubahan, namun kepada mereka mengikuti perkembangan Kia Seltos, perubahan akan terlihat pada grafik lampu nyalaan siang DRL yang disambung terus dengan jalur LED di bahagian gril hadapan.

    Rekaan bampar turut dikemas kini dengan bukaan yang lebih ringkas dengan ditambah pada skid plate ala aluminium.

    Pada rim pula, Kia turut membawakan perubahan dengan rim 17 inci yang lebih sportif sepadan dengan sebuah kereta SUV. Rim 17 inci adalah untuk model varian GL dan 18 inci adalah untuk varian Seltos GT Line dan GTLX.

    Apabila memasuki Kia Seltos berkenaan, dapat dilihat beberapa perubahan di bahagian dalam, dengan skrin kluster digital 4.2 inci, skrin infotainment 8 inci ditambah fungsi-fungsi baharu dengan sistem pencahayaan ambien dan tombol pemilihan gear berbentuk rotari yang jauh lebih menarik.

    Pada bahagian enjin pula, terdapat penambahbaikan yang sangat ketara.

    Menurut wakil dari Grand Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal Kia di Negara Brunei Darussalam, Kia Brunei akan menawarkan dua pilihan enjin iaitu Smartstream 1.5 Petrol dan 1.5 CRDi VGT.

    Kia Seltos 2023 juga dilengkapi dengan sistem keselamatan termasuk Rear View Monitor (RVM), Anti-lock Brake System, Electronic Stability Control (ESC), Parking Distance Assist dan enam beg udara keselamatan.

    Model terbaharu Kia Seltos yang diperkenalkan oleh Grand Motors Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Ruang dalaman Kia Seltos yang diperbaharui dengan kluster yang menarik. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...