Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kian Meng, Wee Kiong cipta kejutan ke atas Indonesia

    KUALA LUMPUR, 13 APRIL – Beregu lelaki profesional Malaysia Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong melakar kejutan apabila menewaskan pilihan ketiga, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dari Indonesia untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan Masters Korea di Gwangju, hari ini.

    Turun dengan status sebagai pasangan bukan pilihan, Kian Meng dan Wee Kiong bertarung selama 48 minit untuk mengecewakan lawan mereka 21-11, 16-21, 22-20 dalam pusingan pertama berlangsung di Stadium Gwangju Yeonju.

    Wakil Malaysia itu akan berdepan Choi Solgyu dan Kim Wonho pada pusingan kedua esok selepas gandingan tuan rumah itu menewaskan rakan senegara, Yong Jin dan Na Sung Seung 21-19, 21-11.

    Dalam pada itu, beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat dan Shevon Lai turut mara ke pusingan kedua selepas menjinakkan beregu tuan rumah Wang Chan dan Jung Kyung Eun dengan keputusan straight set 21-12,  21-12.

    Soon Huat dan Shevon akan membuat perhitungan dengan Misha Zilberman dan Svetlana Zilberman pada pusingan kedua esok selepas pasangan Israel itu meraih kemenangan percuma susulan penarikan diri lawan mereka dari India, Sai Pratheek K dan Reddy N Sikki.

    Sementara itu, pemain perseorangan profesional lelaki Malaysia, Cheam June Wei gagal meneruskan perjuangannya selepas ditundukkan pemain tuan rumah, Jeon Hyeok Jin 11-21, 11-21. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...