Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KIGS anjur latihan CCNA

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS), baru-baru ini, telah mengendalikan latihan CCNA bagi menyediakan peserta dari Kementerian Pertahanan dengan kemahiran yang diperlukan dalam konfigurasi dan penyelesaian masalah rangkaian dan komponennya.

    Menurut Kolej IGS, Pensyarah IT, Mohanraj telah mengendalikan latihan tersebut yang berlangsung selama seminggu dengan mengetengahkan enam modul.

    Latihan berkenaan bertujuan untuk menyediakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pentadbir rangkaian yang berkesan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IGS, Dr Haji Azaharaini bin Haji Mohd Jamil telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para pelatih yang terlibat dalam latihan berkenaan.

    Gambar ramai Dr Haji Azaharaini dan peserta latihan. – Gambar serahan KIGS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda