Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KIGS terima kunjungan UUM

    Oleh Lyna Mohamad

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Rombongan Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah Darul Aman, Malaysia yang diketuai oleh Profesor Dr. Asiah Sarji, telah mengadakan lawatan ke Kolej International Graduate Studies (KIGS) semalam.

    Kedatangan rombongan tersebut dialukan-alukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif kolej berkenaan, Pengiran Haji Mohd Rahimin bin PSJ Pengiran Haji Abdul Momin.

    Turut hadir ialah Pendaftar KIGS, Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Sabtu; Ketua Sumber Manusia, Awang Affendy bin Haji Mohd Salleh; Ketua Akademik, Sonny Jumpo dan Ketua Fakulti Multimedia dan Penyiaran, Haji Hasnul bin Hamdani.

    Objektif lawatan UUM adalah untuk mengadakan seminar bersama mengenai industri kreatif dengan KIGS sebagai institusi perintis swasta yang perintis dalam industri kreatif dan inovatif di Brunei serta mengadakan perbincangan mengenai niat UUM untuk bekerjasama dengan program tertentu terutama dalam filem dan pengeluaran radio serta seni dan reka bentuk dengan kolej berkenaan.

    Pengiran Haji Mohd Rahimin menyerahkan cenderahati kepada Profesor Dr. Asiah Sarji. – Gambar Hardy AJ
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda