Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kila ingat pesan ibu

    Pelakon Kilafairy berasa puas dapat mencurahkan bakti serta menjaga ibunya iaitu Rohana Jalil sepanjang Allahyarhamah menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor sejak April lalu.

    Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 28, berkata, sebagai anak dia sudah melakukan yang terbaik untuk ibunya dan reda dengan pemergian Rohana.

    “Sedih tapi saya ada bersamanya sejak dari awal sehingga akhir. Alhamdulillah. Dia pergi pun pada hari yang baik, 10 hari yang penting dalam setahun. Kita tahu dia pergi dalam keadaan baik. Saya sentiasa berada di sisinya sepanjang dia menerima rawatan

    “Mungkin disebabkan itu juga saya rasa tenang sebab sebagai anak saya sudah buat yang terbaik… saya tahu dia gembira dan tersenyum. Lega saya,” katanya kepada mStar.

    Kila berkongsi mengenai itu ketika ditemui sejurus selesai upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya pada Rabu.

    Dalam pada itu, Kila memberitahu dia akan merindui semua perkara tentang ibunya memandangkan dia anak paling rapat dengan arwah.

    Setiap pesanan ditinggalkan Allahyarham akan disemat dalam hati selain berjanji akan melaksanakan hasrat Rohana yang belum kesampaian.

    “Masakan dia seperti lontong, laksa… lawak dia, semua tentang dia. Saya memang selalu berdua dengan dia.

    “Mama selalu pesan supaya sentiasa berpijak pada tanah, setinggi mana pun saya pergi kalau nampak orang lebih tua salam dan cium tangan.

    “Pesanan-pesanan seperti itu yang akan saya pegang selamanya,” jelasnya. – mStar

    Kilafairy belum sedia lepaskan ibunya pergi. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda