Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kilang ikan sardin RM16 juta dibina di Tok Bali

    PASIR PUTEH, 13 FEB – Sebuah kilang memproses ikan sardin untuk dieksport bernilai RM16 juta bakal dibina di Tok Bali, sekali gus dapat merancakkan pembangunan di kawasan berkenaan.

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membina bangunan kilang, mesin, peralatan, pengoperasian dan vesel penangkapan.

    “Sebelum ini, sebahagian ikan sardin akan ditempatkan di pelabuhan Tok Bali dan dieksport ke Thailand untuk diproses di sana, jadi apabila kita memiliki kilang ikan sardin sendiri ia dapat membantu ekonomi nelayan di sini.

    “Kilang ini akan dibina berhampiran dengan kilang air batu yang dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan MyKomuniti Perikanan (MyKp) di Kampung Pachakan dekat Semerak, di sini hari ini.– Bernama

    Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (kanan) melihat peti fiber untuk bot nelayan yang rosak dan akan dibaik pulih semula sempena Program Lawatan dan Ramah Mesra Bersama Nelayan di Kampung Pachakan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda