LONDON, 26 April – Satu letupan di kilang keluli Tata di selatan Wales menyebabkan dua orang mengalami kecederaan ringan, kata polis hari ini.
Pihak berkuasa berkata beberapa panggilan diterima semalam, yang melaporkan satu ‘letupan’ berlaku di tapak Port Talbot.
“Pada masa ini, kami percaya hanya dua orang yang mengalami kecederaan ringan,” kata Polis Wales Selatan di Twitter.
Letupan nampaknya dikaitkan dengan sebuah kereta api yang membawa logam lebur yang mencetus beberapa kebakaran kecil dan beberapa kerosakan bangunan.
“Kejadian ini masih berlaku buat masa sekarang dan perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian untuk menyiasat,” kata kenyataan.
“Tidak timbulnya kebimbangan berkenaan kesan berbahaya akibat asap daripada kebakaran,” tambah polis.
TataSteel UK mengeluarkan satu kenyataan menerusi Twitter berkata, “Kami boleh mengesahkan bahawa tidak adanya kecederan serius dan semua pekerja telah dikira.
“Semua kebakaran berjaya dikawal sekarang.”
Firma multinasional India TataSteel ialah pengeluar keluli terbesar Britain dan tapak Wales di Port Talbot dan Llanwern menghasilkan sehingga 3.5 juta tan keluli berlamina setahun, terutamanya untuk industri kereta. – AFP
