SAO PAULO, 3 SEPT — Letupan baru-baru ini di sebuah kilang logam di kawasan luar bandar negeri paling ramai penduduk Brazil itu telah mengorbankan empat orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 yang lain, kata pihak berkuasa.
Berpuluh-puluh anggota bomba dan pasukan penyelamat dihantar ke lokasi letupan di bandar Cabreuva, kata Gabenor Sao Paulo, Tarcisio de Freitas di media sosial. Cabreuva terletak kira-kira 90 kilometer barat laut bandar Sao Paulo.
Rakaman di penyiar TV Brazil menunjukkan kilang itu musnah sepenuhnya akibat letupan itu.
Akhbar tempatan berkata letupan itu berpunca daripada peralatan yang terlalu panas, dan hospital di kawasan itu telah diingatkan mengenai kemasukan besar pesakit yang cedera. – AP
