JAKARTA, 2 APRIL – Sembilan orang cedera apabila kilang penapisan minyak milik firma minyak dan gas kerajaan Indonesia, PT Pertamina meletup di wilayah Riau malam tadi, kata Ketua Polis Daerah, Inspektor Jeneral Muhammad Iqbal pagi tadi.
Insiden itu berlaku di bandar Dumai sebelum tengah malam, dan tujuh daripada orang yang cedera masih dirawat di hospital manakala dua lagi telah pulang ke rumah, kata ketua polis berkenaan.
Iqbal berkata, api telah dipadamkan, dan keadaan terkawal. – Xinhua