ISTANBUL – Di sebuah kilang roti yang besar di Istanbul, barisan pengeluaran berjalan dengan lancar apabila mesin menguli doh dalam periuk besar, membentuknya pada tali sawat penghantar dan membakar roti-roti berkenaan dalam ketuhar. “Terdapat peningkatan besar dalam permintaan untuk roti awam sekarang berikutan harga roti yang melambung tinggi di bandar ini,” kata Harun Celebi, penyelia