Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kilang simen RM1.2b bantu hapus miskin tegar di Tongod

    KOTA KINABALU, 3 MEI – Pembangunan kilang bersepadu pengeluaran batu hangus dan simen bernilai RM1.2 bilion di Kampung Kawayoi Pinangah di Tongod bakal memainkan peranan penting dalam membantu menghapuskan miskin tegar di kawasan itu.

    Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd Datuk Masiung Banah berkata kilang itu bakal menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan memberikan limpahan ekonomi kepada peniaga sekitar kawasan berkenaan.

    Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut berkata keluarga daripada golongan miskin tegar akan diberikan keutamaan untuk diambil bekerja, seiring saranan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    “Ini cara untuk kita menoktahkan atau membasmi kemiskinan yang ada di Tongod melalui peluang pekerjaan kekal lama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri 2024 bersama media di sini hari ini.

    Majlis pecah tanah pembinaan kilang itu telah disempurnakan Hajiji pada 27 April lepas.
    Pada 14 Mac lepas, Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli berkata kemiskinan tegar di Sabah direkodkan pada kadar 1.2 peratus atau enam kali ganda berbanding kadar nasional sebanyak 0.2 peratus.

    Masiung berkata selari dengan pembinaan kilang itu, infrastruktur lain akan dimajukan seperti kemudahan jalan raya, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi yang turut memanfaatkan penduduk setempat.

    “Ini kerana daripada RM1.2 bilion kos untuk membangunkan kilang ini, RM700 juta untuk pembinaan kilang manakala selebihnya bagi pembinaan infrastruktur di kawasan sekitar,” katanya. – Bernama

    Pembangunan kilang bersepadu pengeluaran batu hangus dan simen bernilai RM1.2 bilion di Kampung Kawayoi Pinangah di Tongod bakal memainkan peranan penting dalam membantu menghapuskan miskin tegar di kawasan itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...