Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kilang terbakar di ibu negara Bangladesh ragut 16 nyawa

    DHAKA, 15 OKT — Kebakaran di kilang pakaian dan gudang kimia di ibu negara Bangladesh kelmarin telah mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, kata Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

    Pegawai bomba, Talha bin Jashim berkata kebakaran berlaku di kawasan Mirpur di Dhaka dan dipercayai bermula di tingkat tiga bangunan pakaian tujuh tingkat itu.

    Beliau berkata anggota penyelamat telah menemui beberapa mayat. Beberapa orang lagi cedera.

    Kebakaran berjaya dikawal menjelang petang dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

    Bangladesh ialah negara industri pakaian kedua terbesar di dunia selepas China dan sektor itu mempunyai kira-kira 4 juta pekerja kebanyakannya wanita.

    Industri itu, yang memperoleh kira-kira $40 bilion setahun daripada eksport, terutamanya ke Amerika Syarikat dan Eropah, mempunyai sejarah kemalangan industri dan kebakaran yang sering menyalahkan pemantauan yang lemah dan pelanggaran kod bangunan. – AP

    Anggota bomba sedang memadam api kebakaran di sebuah gudang kimia dan kilang pakaian di Mirpur, Dhaka, Bangladesh kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda