TAIPEI, 25 APRIL – Kebakaran yang berlaku hari ini di sebuah kilang pemproses makanan utama di Taiwan, Lian Hwa Foods Corp, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan tiga lagi kritikal.
Kebakaran berlaku kira-kira 6 pagi, menyebabkan 22 pekerja terperangkap sebelum pasukan Bomba Daerah Changhua tiba di lokasi kejadian.
Ketua Biro Bomba Daerah, Shih Shun-jen berkata 22 pekerja terperangkap berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 10:10 pagi.
Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 9:12 pagi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Lian-Hwa Foods berkata pihaknya mengesyaki kebakaran bermula apabila satu atau lebih mesinnya terbakar. – Bernama
