ROANOKE, 29 DIS – Kebakaran di kilang penghasilan tin di barat Virgina menyebabkan kerugian sebanyak AS$4 juta dan mengakibatkan dua anggota bomba tercedera ketika berusaha memadamkan kebakaran itu, kata para pegawai.
Kebakaran bermula malam Jumaat di kilang Ardagh Group di utara daerah Roanoke dan telah dipadamkan pada awal semalam, menurut laporan berita.
Anggota bomba bertindak ke atas kawasan bangunan dengan keluasan 600,000 kaki persegi yang diselubungi asap dan api yang datang dari bumbung.
Kebakaran yang berlaku itu mengakibatkan asap tebal dan kerosakan air, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Roanoke.
Seorang anggota bomba telah dibawa ke hospital setelah tersedut asap tetapi dibenarkan keluar hospital pagi semalam, manakala seorang lagi mene-rima rawatan di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan belakang. Tiada pekerja dilaporkan cedera.
Ardagh merupakan syarikat pembungkusan makanan dan minuman yang berpangkalan di Luxembourg, membuka kilang itu pada 2014.
Kilang itu dijangka mengambil 100 orang pekerja. – AP