Oleh Fadhil Yunus di Filipina
Gambar oleh Infofoto
MANILA, 8 DIS – Pasukan polo Negara Brunei Darussalam mula dibayangi dengan pungutan pingat emas bersejarah selepas beroleh kemenangan 5-4 ke atas Filipina dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir gol rendah 0-2 di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di Padang Polo Miguel Romero di Calatagan, Batangas, hari ini.
Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar.
Dalam perlawanan ter-sebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah mencatat nama sebagai penjaring apabila berhasil menjaringkan gol dalam chaka kedua.
Keputusan terikat di chaka pertama memberikan keputusan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling membuat percubaan untuk menjaringkan gol.
Pasukan Brunei yang menjaringkan lapan gol ke atas Indonesia menunjukkan keinginan untuk memegang pingat emas, mendahului perlawanan melalui Huzaimi di akhir chaka ketiga.
Dalam chaka keempat pasukan negara mempamerkan aksi memberangsangkan apabila mencatatkan empat gol yang mencatatkan gol tertinggi.


