Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Kilauea Hawaii kembali meletus

    HONOLULU, 11 SEPT – Kilauea, salah sebuah gunung berapi yang paling aktif di dunia, mula meletus kelmarin selepas jeda selama dua bulan, memuntahkan lahar bercahaya di dalam taman negara di pulau besar Hawaii yang jauh dari manusia dan struktur bangunan.

    Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii mengumumkan letusan itu pada waktu petang di puncak Kilauea.

    Mereka juga mengingatkan bahawa gas-gas yang dilepaskan oleh letusan itu akan menyebabkan jerebu gunung berapi bergerak ke hilir Kilauea.

    Oleh itu, penduduk yang tinggal berdekatan dengan taman tersebut dinasihatkan untuk mengelakkan daripada terdedah kepada zarah-zarah beracun yang mungkin diterbangkan di udara oleh letusan itu.

    Selain itu, tahap amaran gunung berapi juga telah dinaikkan kepada status amaran dan kod warna penerbangan juga telah diubah menjadi merah ketika para saintis menilai letusan itu serta bahaya yang mungkin timbul daripadanya.

    Pada bulan Jun lalu, Kilauea juga pernah meletus selama beberapa minggu, mengeluarkan aliran lahar merah tanpa mengancam mana-mana komuniti atau struktur di sekitar kawasan tersebut. Orang ramai turut berduyun-duyun ke Taman Negara Gunung Berapi Hawaii di Pulau besar, yang menawarkan pemandangan lahar yang selamat.

    Kilauea, gunung berapi kedua terbesar di Hawaii, meletus dari September 2021 hingga Disember lalu. Letusan Kilauea 2018 telah memusnahkan lebih 700 kediaman. – AP

    Dalam tangkapan skrin daripada video yang disediakan oleh Jabatan Geologi AS, Kilauea, salah sebuah gunung berapi paling aktif di dunia meletus di Hawaii, pada 10 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...