Friday, February 28, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim A-lim dahului pusingan pertama LPGA

    SINGAPURA, 27 FEB – Pemain Korea Selatan, Kim A-lim mengatasi keadaan berangin di Kelab Golf Sentosa di Singapura untuk mengungguli Kejohanan Golf Wanita HSBC dengan kelebihan satu pukulan daripada Charley Hull dari England selepas pusingan pertama hari ini.

    Sementara Minjee Lee dari Australia, pemenang dua kejuaraan utama dan 10 gelaran LPGA, berada dalam kalangan empat pemain yang terikat di tempat ketiga selepas mencatatkan 70 pada acara kedua dalam siri Asia LPGA itu.

    Kim, yang memenangi pembukaan musim LPGA di Tournament of Champions di Orlando awal bulan ini, mencatat lima birdie berbanding satu bogey di par-lima 16 pada hari pertama yang penuh mencabar.

    “Angin sangat kuat dan sukar untuk diramalkan,” kata Kim selepas pusingan pertama 68 pukulannya. “Tapi saya masih ada tiga pusingan lagi. Angin memang menyukarkan saya, tetapi pada masa yang sama semua orang juga berada dalam keadaan yang tidak dapat kita kawal. Kami bukan AI!”

    Hull menyumbang permainan yang kukuh kepada catatan 69 tanpa sebarang bogey. “Saya pemain jarak jauh yang baik. Saya berusaha dengan gigih, tetap sabar dan menggunakan beberapa pemukul panjang, jadi itu membantu permainan saya,” katanya.

    “Saya rasa saya bermain dengan baik. Saya tidur dengan lena dan cuaca lebih sejuk hari ini.” – AFP

    Kim A-lim melakukan pukulan semasa pusingan pertama Kejohanan Golf Wanita HSBC di Kelab Golf Sentosa, Singapura, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda