Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Bo Ra pilih pengarah Ghost Mansion sebagai calon suami

    Pelakon Korea, Kim Bo Ra bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya yang juga pengarah drama iaitu Jo Ba Reun.

    Berita tersebut disahkan sendiri oleh syarikat pengurusannya iaitu Noon Company yang memberitahu pasangan berkenaan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Jun depan.

    “Benar pasangan ini bakal berkahwin pada Jun nanti,” kata wakil syarikat pengurusan berkenaan.

    Pernikahan Bo Ra dan Ba Reun bakal diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.

    Noon Company dalam kenyataan sama turut meminta peminat menyokong keputusan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga serta mendoakan kebahagiaan mereka.

    Memetik laporan mStar, percintaan pasangan ini mula berputik apabila Bo Ra berlakon di bawah arahan Ba Reun menerusi drama bersiri Ghost Mansion yang ditayangkan tiga tahun lalu.

    Hubungan mereka hangat diperkatakan dalam kalangan penggemar k-drama namun pasangan itu enggan memberi sebarang butiran mengenai percintaan mereka. – Agensi

    Kim Bo Ra dan Jo Ba Reun bakal berkahwin Jun depan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda