Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim dan Pete miliki hubungan istimewa?

    Personaliti dan sosialit Hollywood, Kim Kardashian mencetuskan khabar angin apabila keluar makan malam dengan pelakon komedi, Pete Davidson dua kali baru-baru ini.

    Memetik laporan HollywoodLife, Kim dan Pete berjumpa kali kedua pada Rabu untuk makan malam di New York, Amerika Syarikat. Sebelum itu, mereka telah dilaporkan bertemu di sebuah restoran di Staten Island, New York sehari sebelumnya.

    Menurut sumber, makan malam kedua Kim dan Pete kelihatan kasual dan menampakkan kemesraan mereka berdua.Mereka berjumpa untuk meluangkan masa bersama sebelum Kim pulang ke Los Angeles tidak lama lagi.

    Meskipun makan malam itu juga dihadiri oleh beberapa orang rakan lain, namun ia tetap mencetuskan spekulasi sekiranya Kim dan Pete menjalinkan hubungan istimewa. Mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu setakat ini. Kim telah memfailkan cerai terhadap bekas suaminya, Kanye West pada 22 Februari 2021 selepas tujuh tahun bersama. – Agensi

    Kim Kardashian mencetuskan khabar angin apabila keluar makan malam dengan pelakon komedi Pete Davidson dua kali baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda