Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kim didenda AS$1 juta promosi mata wang kripto

    Selebriti terkenal, Kim Kardashian telah didenda lebih AS$1 juta selepas didakwa mempromosikan mata wang kripto melalui media sosialnya pada Jun lalu.

    Memetik Mirror News, bintang berusia 41 tahun itu juga perlu membayar penalti serta faedah sebanyak AS$1.26 juta akibat pertuduhan tersebut mengikut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC).

    Menurut pihak SEC, bintang The Kardashians itu bersetuju untuk menyelesaikan pertuduhan dengan denda tersebut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa meskipun tidak mengaku bersalah.

    “Tanpa mengakui atau menafikan perkara tersebut, Kim bersetuju untuk membuat bayaran denda berkenaan. Dia juga bersetuju untuk tidak mempromosikan sebarang iklan berkaitan kripto selama tiga tahun,” katanya.

    Pihak SEC juga memaklumkan bahawa tindakan Kim adalah pengajaran buat selebriti dan orang ramai kesalahan mempromosikan pelaburan tidak sah sedemikian.

    Sementara itu, peguam kepada Kim memaklumkan bahawa bintang berkenaan berbesar hati untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak SEC.

    Tambahnya, Kim bersedia sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah berkenaan sejak awal lagi dan bersedia membantu pihak SEC berkenaan isu tersebut. – Agensi

    Kim Kardashian telah didenda lebih AS$1 juta selepas didakwa mempromosikan mata wang kripto melalui media sosialnya pada Jun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...