Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Jong Kook rahsiakan identiti isteri selepas berkahwin

    Pelakon dan penyanyi, Kim Jong Kook, 49, selamat mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang bukan daripada kalangan selebriti pada Jumaat.

    Majlis perkahwinan itu berlangsung penuh rahsia di sebuah lokasi tidak didedahkan di Seoul, Korea Selatan dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

    Pengacara popular Yoo Jae Suk yang juga sahabat baik Kim bertindak sebagai pengacara majlis.

    Apa yang mencuri perhatian, perkahwinan Kim diibaratkan seperti operasi filem ‘007’ apabila keseluruhan acara dijalankan di bawah kawalan ketat.

    Identiti pengantin perempuan tidak didedahkan, malah semua bentuk liputan media disekat sepenuhnya.

    Meskipun hanya mengambil masa kira-kira dua minggu selepas pengumuman rasmi, Kim berjaya menyimpan kemas maklumat terperinci pernikahannya.

    Perkara ini turut menjadi topik perbincangan dalam episod terbaru program Running Man yang bersiaran pada 31 Ogos lalu di mana rakan-rakan Kim terkejut dengan tahap kerahsiaannya.

    Sebelum ini spekulasi mengenai identiti isteri Kim semakin rancak diperkatakan,  namun dia menegaskan wanita pilihannya bukan dalam kalangan industri hiburan.

    “Dia orang biasa, tiada kaitan dengan dunia selebriti,” katanya.

    Sementara itu, warganet pula kagum dengan strategi yang dilaksanakan Kim dalam menyimpan rahsia.

    Malah ada juga yang memuji tindakannya menolak pelbagai tawaran program realiti demi menjaga privasi isteri.

    Jong Kook melarang pembabitan isteri dalam bidang hiburan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda