Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Kim Jong Un arah tingkatkan latihan

SEOUL, 10 MAC – Kim Jong Un mengarahkan tentera Korea Utara untuk meningkatkan latihan sebagai persediaan menghadapi peperangan sebenar, lapor media kerajaan hari ini, ketika pemimpin itu menyaksikan latihan serangan senjata bersama anak perempuannya.

Gambar-gambar menunjukkan Kim dan anak perempuannya, kedua-duanya memakai jaket hitam padan, diiringi oleh pegawai beruniform ketika mereka menyaksikan unit artileri melepaskan tembakan peluru berpandu kelmarin.

Tentera Korea Selatan semalam berkata ia telah mengesan pelancaran satu peluru berpandu balistik dan sedang menganalisis kemungkinan beberapa pelancaran dari lokasi yang sama.

Gambar yang dikeluarkan hari ini oleh agensi berita pusat Korea (KCNA) menunjukkan sekurang-kurangnya enam peluru berpandu dilancarkan pada masa yang sama oleh unit Hwa-song, yang dikatakan dilatih untuk misi serangan.

Semasa memeriksa latihan itu, Kim memberitahu tentera supaya bersedia untuk “dua misi strategik, iaitu, pertama untuk menghalang peperangan dan kedua untuk mengambil langkah pertama peperangan,” menurut KCNA. – AFP

Gambar fail yang disediakan oleh kerajaan Korea Utara ini menunjukkan apa yang dikatakan sebagai latihan artileri di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -