Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kim Jong Un gesa tingkat senjata nuklear

    SEOUL, 24 JUN – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa meningkatkan senjata nuklearnya untuk menewaskan ‘pasukan musuh’ semasa pertemuan di mana pemimpin tentera meluluskan tugas operasi baharu yang tidak dijelaskan bagi unit tentera barisan hadapan.

    Suruhanjaya Pusat Tentera yang terdiri daripada ali-ahli parti pemerintah memutuskan akan menambah ‘pelan tindakan tentera yang penting’ mengenai tugasan tentera barisan hadapan dan mengukuhkan lagi pencegahan perang nuklear negara itu, menurut media kerajaan hari ini.

    Korea Utara tidak menyatakan secara jelas mengenai tugasan operasi baharu tersebut, tetapi penganalisis berkata negara itu mungkin merancang untuk mengerahkan senjata nuklear di medan perang yang menyasarkan Korea Selatan di sepanjang sempadan.

    Ketika Korea Utara meneruskan ujian peluru balistiknya yang mampu sampai ke Amerika Syarikat (AS) sehingga mendapat perhatian dunia, ia juga membangunkan beberapa peluru berpandu yang mempunyai keupayaan nuklear yang menyasarkan Korea Selatan.

    Pakar berkata tindakan itu merupakan satu ancaman yang mereka boleh gunakan semasa peperangan untuk melawan tentera Korea Selatan dan AS yang lebih kuat.

    Kira-kira 28,000 orang tentera di tempatkan di bahagian selatan bagi mengalihkan tindakan agresif dari utara. – AP

    Kim Jong Un semasa menghadiri Suruhanjaya Pusat Tentera yang diadakan 21 hingga 23 Jun, di Pyongyang. Korea Utara meningkatkan senjata nuklearnya untuk menewaskan ‘pasukan musuh’. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...