Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Jong-un masih ‘hidup, sihat’

    SEOUL, 27 APRIL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan masih ‘hidup dan dalam keadaan sihat’, kata penasihat keselamatan tertinggi kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.

    Ia sekali gus menafikan khabar angin mengenai kesihatan Jung-un selepas tidak hadir dalam satu majlis ulang tahun penting.

    “Kerajaan berada dalam keadaan stabil. Kim Jong-un masih hidup dan sihat,” kata penasihat khas keselamatan negara, Moon Chung-in dalam satu temu bual dengan CNN, semalam.

    Menurutnya lagi, Jong-un berada di Wonsan – sebuah kawasan peranginan di bahagian timur negara itu sejak 13 April, menambah ‘tidak ada pergerakan yang mencurigakan setakat ini’.

    Desas-desus mengenai kesihatan Jung-un terus diperkatakan apabila beliau tidak menghadiri sambutan ulang tahun datuknya, Kim II Sung yang juga presiden dan pengasas Korea Utara pada 15 April lalu. Tarikh berkenaan antara detik terpenting dalam kalendar politik negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda