Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Jong Un rasmi kompleks apartmen

    PYONGYANG, Korea Utara, 13 April – Semasa ketegangan antara negaranya dan Amerika Syarikat (AS) kelihatannya semakin memuncak, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah membuat satu kemunculan berprofil tinggi di Pyongyang hari ini bukan untuk mengecam Washington namun untuk memotong reben bagi menandakan perasmian baru daerah yang dihiasi bangunan-bangunan baru yang tinggi.

    Dengan lebih 100,000 orang berkumpul dalam perhimpunan besar untuk meraikan acara itu, Kim berdiri di hadapan pentas berkarpet merah untuk memotong reben.

    Acara itu adalah sebahagian daripada sambutan meraikan ulang tahun kelahiran ke-105 pengasas kebangsaan Kim Il Sung, yang jatuh pada Sabtu dan cuti penting di Korea Utara.

    Kim yang tiba dalam limousin hitam, tidak memberi ucapan, dengan Pyongyang telah mengundang kontinjen besar media asing untuk meliputi acara itu dan jalan-jalan kediaman baru yang moden lagi bersinar yang jelasnya satu-satu tempat yang ingin dilihat oleh warga asing.

    Lelaki Korea Utara menyorong basikal mereka di sepanjang kawasan kediaman baru dirasmikan Ryomyong, yang menempatkan puluhan bangunan apartmen pada 13 April. – AP
    Lelaki Korea Utara menyorong basikal mereka di sepanjang kawasan kediaman baru dirasmikan Ryomyong, yang menempatkan puluhan bangunan apartmen pada 13 April. – AP

    Pemajuan Ryomyong Street yang terletak di laluan luas dari Istana Kumsusan Palace of the Sun menghimpunkan blok-blok tinggi perumahan dengan pelbagai bentuk – bulat, empat persegi dan oktagon – dengan yang paling tinggi 70 tingkat atau 234 meter tinggi dan termasuklah sejumlah hampir 5,000 buah pangsapuri.

    Perdana Menteri Pak Pong Ju berkata projek itu ‘menggabungkan sains arkitek dan teknologi terkini, termasuk teknologi solar dan geoterma serta kehijauan bumbung dan dindingnya.” – AP/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda