Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Jongmin ambil tindakan tegas terhadap iklan palsu

    Anggota kumpulan campuran ‘Koyote,’ Kim Jongmin, kini mengambil tindakan undang-undang terhadap penggunaan gambarnya tanpa kebenaran dan iklan palsu.

    Memetik kenyataan Allkpop, agensinya, JG Star, kelmarin mengeluarkan kenyataan: “Kami baru-baru ini mendapati sebuah syarikat menggunakan gambar Kim Jongmin tanpa kebenaran untuk menghasilkan iklan palsu. Kami akan mengumpul bukti berkaitan dan memulakan tindakan undang-undang.”

    Agensi itu turut menjelaskan, “Syarikat berkenaan telah mengeksploitasi kredibiliti Kim Jongmin dan menggunakan nama beliau sebagai alasan untuk menggalakkan pelaburan. Bagi mengelakkan sebarang potensi mangsa, kami telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas.”

    Selain itu, JG Star turut mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan palsu.

    Kebelakangan ini, banyak syarikat dikesan menggunakan imej selebriti secara tidak sah untuk menghasilkan iklan mengelirukan dan menarik pelaburan.

    Kim Jongmin, yang dikenali melalui kerjayanya sebagai penyanyi, telah meraih kepercayaan masyarakat menerusi penampilan dalam rancangan hiburan popular seperti 2 Days & 1 Night terbitan KBS 2TV dan My Little Old Boy terbitan SBS TV. Beliau dijadualkan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang 11 tahun lebih muda pada April ini. – Agensi

    Kim Jongmin ambil tindakan undang-undang terhadap iklan palsu. – Allkpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda