Anggota kumpulan Alpha Drive One (ALD1), Kim Jun Seo menerima kecaman warganet selepas dilihat menggunakan telefon bimbit mewah pemberian peminatnya.
Tindakan Jun Seo memuat naik foto dirinya memegang iPhone 17 lengkap dengan sarung telefon (casing) di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi.
Menurut laporan KoreaBoo, telefon tersebut merupakan pemberian salah seorang peminat yang sudah lama menyokong kerjaya seni Jun Seo.
Bagaimanapun rata-rata warganet menganggap tidak wajar untuk Jun Seo menerima hadiah mewah selain dianggap cuba mengambil kesempatan terhadap peminatnya itu.
“Kalau kau betul-betul hargai peminat, tolak je hadiah macam ni. Tak payah menunjuk!
“Budaya beri hadiah mewah kepada idola dah ketinggalan zaman. Ini menjijikkan,” antara komen warganet.
Walau bagaimanapun ada juga peminat berpendapat Jun Seo sememangnya dikenali sebagai idola yang menghargai setiap hadiah yang diterima dan tidak pernah meminta barangan secara langsung. – Agensi


