Kim Kardashian disaman oleh bekas tukang kebun dan staf penyelenggaraan rumah agamnya di Hidden Hills yang bernilai AS$60 juta, menuduhnya melakukan pelbagai tingkah laku sebagai majikan yang tidak baik.
Menurut PageSix, saman yang difailkan di Los Angeles, pihak plaintif mendakwa Kim Kardashian lambat membayar gaji mereka, menahan 10 peratus daripada gaji mereka untuk cukai, dan tidak menyerahkan jumlah tersebut pada pihak kerajaan, tidak mahu membayar kerja lebih masa, dan kadangkala memaksa mereka bekerja tanpa waktu rehat untuk makan.
Mereka turut mendakwa mereka tidak menerima pembayaran gaji yang terperinci, dan seorang bekas pekerja berusia 16 tahun mendakwa dia bekerja melebihi 48 jam maksimum yang dibenarkan untuk pekerja bawah umur pada musim panas. Pekerja lain turut mendakwa apabila disuarakan isu bayaran lebih masa, isu cukai, dan waktu rehat, dia segera dipecat.
Menurut jurucakap Kim Kardashian, pekerja-pekerja ini diupah dan dibayar melalui vendor pihak ketiga yang disewa oleh Kim untuk memberikan servis berterusan.
“Pekerja-pekerja ini diupah dan dibayar melalui vendor pihak ketiga yang diupah oleh Kim untuk memberikan servis berterusan.” – Agensi
