Kemunculan bintang realiti Kim Kardashian semasa hadir majlis pembukaan kedainya di New York City mengundang perhatian ramai.
Mana tidaknya, Kim, 44 dilihat hadir menunggang sebuah skuter bagi menampung kaki kirinya yang dilaporkan patah.
Page Six melaporkan Kim memilih menggunakan skuter tersebut kerana enggan tampil tanpa memakai kasut tumit tinggi yang dipadankan dengan jumpsuit putih digayakannya.
Sepanjang majlis berlangsung, Kim dilihat menolak skuter berkenaan menggunakan sebelah kaki.
Walaupun pergerakannya terbatas namun ia tidak menghalang Kim bergembira di majlis berkenaan.
Bagaimanapun, gelagat Kim tidak disenangi warganet yang beranggapan dia sekadar ingin menjadi buah mulut orang ramai.
“Tidak mungkin dia memakai tumit itu dengan kaki yang patah, mesti nak perhatian!
“404 error: patah kaki tidak dijumpai. Kim sedang berlakon,” antara komen warganet.
Sebelum ini, Kim meluahkan rasa sedih di media sosialnya apabila kaki kirinya disahkan patah oleh doktor merawatnya. – Agensi
