Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Kardashian enggan lagi tayang harta

    SELEPAS insiden rompakan di Paris, bintang sensasi Kim Kardashian nekad untuk tidak lagi menunjuk kekayaannya di laman sosial.

    Kim yang ditemubual menerusi program Ellen DeGeneres, berkata, peristiwa tersebut benar-benar memberi satu pengajaran buat dirinya dan keluarga.

    “Insiden itu seharusnya terjadi kepada saya kerana ia mengajar saya tentang kehidupan. Saya akui tindakan saya mempamerkan barang-barang mewah itu mengundang padah,” ujarnya.

    Kim Kardashion nekad untuk tidak lagi menunjuk kekayaannya di laman sosial.
    Kim Kardashion nekad untuk tidak lagi menunjuk kekayaannya di laman sosial.

    Tambah Kim, apa yang dia lakukan dahulu sama seperti pengguna laman sosial lain yang mahu berkongsi tentang pencapaian dirinya dalam membeli barang-barang mewah tersebut.

    Namun kini, katanya, dia tidak lagi peduli dengan perkara berkenaan yang hanya membahayakan dirinya.

    “Hal itu tidak bermanfaat, saya tidak akan menayang barang-barang di laman sosial,” jelas Kim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda