Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Kardashian hidap aneurisma otak

    Bintang realiti popular, Kim Kardashian mendedahkan dirinya disahkan menghidap penyakit aneurisma otak.

    Perkara itu dikongsi Kim, 45, menerusi sedutan episod pertama musim ketujuh siri The Kardashians yang mula ditayangkan di platform Disney+ pada Khamis.

    “Ada sedikit macam aneurisma kecil,” katanya dalam video pendek yang disiarkan pada permulaan episod berkenaan.

    Perkongsian Kim itu turut mengejutkan kakaknya, Kourtney Kardashian Barker

    “Whoaa, biar betul ni” ujar Kourtney.

    Dalam klip video itu, Kim turut dilihat menjalani imbasan otak dan memberi bayangan keadaan kesihatannya mungkin berpunca daripada tekanan hidup yang tinggi.

    Kim yang mempunyai empat anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang juga rapper Kanye West kini memberi tumpuan kepada penjagaan diri serta kesihatan mental.

    Setakat ini, belum diketahui laporan penuh sama ada Kim mengalami sebarang gejala serius akibat penyakit itu .

    Pihak keluarga mahupun wakil rasmi Kim juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung keadaan kesihatannya. – Agensi

    Kim tertekan punca terkena anuesemia otak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda